Bestnya untuk aku story about my future beauty...kenapa future pulak? sbb still on the way lah..baru sebulan lebih aku guna, tp dah rasa sikit perubahannnya..yerlah..pelan-pelan lah kan..sabo..mana boleh tempek kat muka rini, esok dah glowing mcm Mary Kay Ash (pengasas Mary Kay) kat atas tu kan? jgn berangan dik oi..nak cantik ni perlukan pengorbanan dan kesabaran ok!
Sejarah aku jumpa Mary Kay ni ritu..masa aku luahkan keinginan aku untuk tukar skin care aku dgn pakcik google. so..dgn baik hatinya pakcik google ketemukan aku dengan my BC (Beauty Consultant) Kak Has ni...
Kak Has ni memang very the soft and sporting je orgnya, sanggup ko malam-malam dtg umah aku untuk buatkan aku FREE facial..(aa..sukalah tu dgr FREE kan? tahu dah korang ni...) so memang FREE je kalo nak cuba and try dulu produk-produk Mary Kay ni..and yang bestnya, lepas siap facial tu..tiada paksaan untuk membeli ok, very the bagusnya kan? i like!! tak macam setengah produk tu yang lepas try kene paksa beli..adoii..very the menyampahnya!!
So, lepas try..terjatuh cinta pulak..dengan advise dari my BC..aku memulakan rutin kecantikan aku dengan set yang Kak Has recommend iaitu Botanical Set, biar kasi kulit aku immune and selesa dulu dgn produk Mary Kay ni, lepas sebulan dua kalo ok, aku dah boleh up kan ke set yang lagi powerrrr..and kalo rasa tak sesuai pulak dengan kulit..and rasa tak boleh pergi dengan produk ni..boleh MONEY BACK GUARANTEE!! (aaa..suka lagikan dengar? hanya di Mary Kay saja yang boleh tau...)
So..panjang lebarlah pulak aku nak story progress skin aku kat sini..nantilah..bila-bila kalo free, aku tempek lah muka aku sebelum dan selepas guna Mary Kay ni. Last week aku ada attend make up class dari Mary Kay, very the enjoy and best!!!! tak sabo aku nak siapkan entry pasal class tu, ni seme gara-gara Datin Azie yang lambat mengemailkan gambo-gambo tulah..hehe..sorry Datin..i tahu u very the buzy, tp its ok..and thanks a lot for the pictures!! DONE!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan