Memaparkan catatan dengan label telefon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label telefon. Papar semua catatan

Khamis, Mac 24

Panggilan Hangit lagi!!!

telemarketer_art
Adoiii...suka aku ceciter lagi..hari ini aku dapat kol lagi..agaknya memang diorang tgh kempen besar-besaran kot untuk MEMAKSA org beli insurans die tu..kot iye pun nak meniaga, tak yah ar paksa-paksa orang kan? tak baik gitu dik oii..yang lepas punya panggilan pasal Gift Card kan? so yg  ni lak pasal insurans ******* actually ni kali kedua aku dpt kol pasal insurans ni. masa aku dpt kol pestime tu, aku terus kol maybank tanya btol ke diorang ada bekerjasama dgn company ******* yg mewajibkan pemegang kad kredit amik insurans ni? so the answer is NO ok.. so dgn penuh konfidennya aku jawablah panggilan yg kedua ni (dgn niat utk layankan dan nak tahu apa pulak gaya ayat diorang nk mengayat orang pulak kali ni..)
Adik ni (pompuan india yg tak berapa nak fasih ckp melayu..berbelit2..pening mak nak paham nyah oii...) kol guna no hanset..perlu ke aku nyatakan no hansetnya brapa ye?? bila aku tanya kenapa tak guna no opis? die cakap hanset ni mmg khas utk kol pelanggan kami..how sweet kan? haha..then die mulalah membebel "saya wakil dari maybank utk mengesahkan anda sebagai pemegang kad kredit maybank..bla..bla.. (siap bacakan no kad kredit aku..tp salah, and aku buat dunno jek..)" yang tak tahan tu siap ngaku wakil dr maybank lak tu..then siap mention "cik tak payah risau untuk membayar yuran bulanan kerana hanya dicas yuran tahunan sahaja sebanyak rm 296 hengget"
So aku tanyalah..kalo saya tak berminat nak bayar yuran tahunan tu macamana pulak? then die cakap "cik tak perlu risau..kalo cik tak berminat takpe..tahun depan cik boleh decide utk batalkan balik" hahaha..tp yg tahun ni punya ko nak cekik jugak kan duit aku tu?? pastu aku ckplah ngan die, kalo sy tak berminat jugak nak bayar yuran utk tahun ni dan tahun bila2 pun mcmana pulak? then die cakap "eh..tak boleh cik, kalo tidak kad kredit cik kene blok nanti.." wah...sesuka hati ko jek dik nak blok2 kad kredit aku yek? lucu btol lah ko ni dik...pastu aku terus cakap ngan die...
ok..saya tak kisahlah kene blok pun..saya tak berminat ..terima kasih..then terus aku picit button merah kat torch aku ni... ;) DONE!


Selasa, Mac 22

Panggilan Telefon Hangit


Semalam aku adalah dapat panggilan yang menghangitkan hati aku (bukan panggilan hangit dr Hot.fm k..). akak ni kol guna no hanset, so aku angkatlah kan. then die pun startlah berceramah dgn nada yang macam budak sekolah baca buku cerita "assalamualaikum dik, akak dari ..... nak offer adik bercuti di hotel bertaraf 5 bintang di seluruh malaysia bla..bla.. dan bla..." sampailah separuh die bercerita dan aku malas nak tunggu, aku pun nyampuklah "err..jap kak ye, akak ni nak offer saya beli kad ke apa ni?". then die macam terkedu sekejap pastu die cakap "er..kejap dik ye, akak ni cakap ikut skrip ni ha..nanti kalo dah habis skrip ni baru adik boleh tanya kalo tak faham ye..". adoiiii!!! macam nak hantukkan kat dinding je pala aku ni dengor..haha..lawaklah akak ni..maybe die sedang dalam latihan praktikal bidang2 advertising ni kot, kesian betol. so aku tak cakap banyaklah "emm..takpelah kak ye, sy tak berminatlah, terima kasih ye.." pastu aku letak fon. kalo koranglah dapat panggilan camni, apa yang korang rasa ye?