Khamis, Mac 31

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Firstly thanks to Tetikusrusak coz sudi war-warkan projek network blogger yang very the mantoppss dari DenaiHati ni. Sesungguhnya DenaiHati ni sangat memahami kehendak dan kemahuan newbie blogger macam aku ni. sungguh tak kedekut ilmu yang ada, dan rajin sungguh berkongsi ilmu itu..banyak gak aku blajar dari blog DenaiHati ni...sangat membantu ok!

So..kat sini akan aku senaraikan Top 5 blog yang bila aku sampai opis hari-hari, lepas cek email opis jek aku mesti bukak laman-laman ini (orang baca paper online ke pepagi..ini tidak...camnelah nak tahu perkembangan dunia..haha..takpelah..aku lagi exited nak tahu perkembangan dunia blogging..hehe...) bila dah siap aku godek laman-laman ni..barulah aku setlekan keje-keje opis aku..hehe..( harap-harap bos aku tak terjah lah entry ni...hehe..)

So..inilah die laman yang menjadi buah hati pengarang jantung aku :

1. Redmummy ni kira macam sifoo aku lah..sebab start dari godek-godek blog dielah tetiba semangat aku nak merebrandingkan blog aku yang dah bersawang ni membuak-buak..haha..lagipun aku suka baca apa sahaja yang die bebel..very the ikhlas from hati die..takde hipokrit2 tau..itu pada pendapat akulah..i lap u lah kak red!! ( sorry arr kak red, i tercapture banner u tang u posing manja dgn RD..haha..tp cun pe..seksi kau..)





2. DenaiHati ni pulak for surelah kan, dari sinilah aku banyak menimba ilmu-ilmu berblogging ni jugak. sib baiklah pakcik google ketemukan aku dgn DenaiHati ni time aku sedang rajin menuntut ilmu dunia blogging ni..kalau tidak mesti aku akan rasa kekurangan kan? Thanks DenaiHati !!




3. AyunAyunar ni pulak aku suka jengah blog dia sebab maybe dalam tahun 2011 ni aku tetiba gilerr dengan shawl. jadi selalu arr terjah blog si ayun ni..lagipun si ayun ni comeyy jek. aku selalulah jengah sini untuk alert pasal fesyen-fesyen shawl yang terkini..so sapa yang gilerr shawl cam aku leh arr singgah AyunAyunar ni.



4. 2dayblogger ni pun antara pemberi dan pekongsi tips-tips blogging yang menarik gak..siap ada tutorial bagai..tp macam-macam topik jugak ada kat 2dayblogger ni, and semuanya very the intresting!! kalau nak tahu...kene layan arr sendiri k!!




5. Cikgudahlia ni pun ok gak...bukan cikgu shidah k! haha... dalam blog Cikgudahlia ni pun banyak gak tutorial yang die rajin wat, pulak tu aku suka sebab die ada senarai lebih kurang 300 lebih url blog-blog yang ada..so senang aku nk berblogwalking dan berkenalan dengan blogger-blogger baru jugak. Cikgudahlia..sila tambah blog saya jugakkk k!! hehe...




Ok...so untuk nak lebih memantopkan projek ni...aku akan tagkan blog-blog yang bertuah juga lah kan..sebab leh terpampang dalam blog aku ni..haha..perasan glemerlah ko mak...so guysss...mari kita jayakan projek ini bersama ye..semoga manfaatnya juga kita boleh nikmati bersama ;)

1. http://wanwidget.com/
2. http://akuanakpahang.blogspot.com/
3. http://yuzz9071.blogspot.com/
4. http://www.mizayusof.com/
5. http://ha-na-ni.blogspot.com/
6. http://apisv3.blogspot.com/
7. http://mamanoriz.blogspot.com/
8. http://khadijahzakaria.blogspot.com/
9. http://dapurmakkintan.blogspot.com/
10. http://venusiadlostsoul.blogspot.com/

DONE!


My Beauty with Mary Kay



Bestnya untuk aku story about my future beauty...kenapa future pulak? sbb still on the way lah..baru sebulan lebih aku guna, tp dah rasa sikit perubahannnya..yerlah..pelan-pelan lah kan..sabo..mana boleh tempek kat muka rini, esok dah glowing mcm Mary Kay Ash (pengasas Mary Kay) kat atas tu kan? jgn berangan dik oi..nak cantik ni perlukan pengorbanan dan kesabaran ok!



Sejarah aku jumpa Mary Kay ni ritu..masa aku luahkan keinginan aku untuk tukar skin care aku dgn pakcik google. so..dgn baik hatinya pakcik google ketemukan aku dengan my BC (Beauty Consultant) Kak Has ni...



Kak Has ni memang very the soft and sporting je orgnya, sanggup ko malam-malam dtg umah aku untuk buatkan aku FREE facial..(aa..sukalah tu dgr FREE kan? tahu dah korang ni...) so memang FREE je kalo nak cuba and try dulu produk-produk Mary Kay ni..and yang bestnya, lepas siap facial tu..tiada paksaan untuk membeli ok, very the bagusnya kan? i like!! tak macam setengah produk tu yang lepas try kene paksa beli..adoii..very the menyampahnya!!

So, lepas try..terjatuh cinta pulak..dengan advise dari my BC..aku memulakan rutin kecantikan aku dengan set yang Kak Has recommend iaitu Botanical Set, biar kasi kulit aku immune and selesa dulu dgn produk Mary Kay ni, lepas sebulan dua kalo ok, aku dah boleh up kan ke set yang lagi powerrrr..and kalo rasa tak sesuai pulak dengan kulit..and rasa tak boleh pergi dengan produk ni..boleh MONEY BACK GUARANTEE!! (aaa..suka lagikan dengar? hanya di Mary Kay saja yang boleh tau...)

So..panjang lebarlah pulak aku nak story progress skin aku kat sini..nantilah..bila-bila kalo free, aku tempek lah muka aku sebelum dan selepas guna Mary Kay ni. Last week aku ada attend make up class dari Mary Kay, very the enjoy and best!!!! tak sabo aku nak siapkan entry pasal class tu, ni seme gara-gara Datin Azie yang lambat mengemailkan gambo-gambo tulah..hehe..sorry Datin..i tahu u very the buzy, tp its ok..and thanks a lot for the pictures!! DONE!




Rabu, Mac 30

Akademi Fantasia 2011


Yeay!!! program kegemaran aku dah nak start dah..very the exited nk tengok first performance diorang yang akan di ajar oleh Adlin Aman Ramli kau!!! mesti very the lain dari yang lain kan? pulak tu pak nil yg hostkan balik...yeehaaa!!! aku suka tgok part pak nil nak umumkan pelajar terkeluar tu..kalo die nangis..dgn aku2 sekali nangis, tokleh tgok pak nil sebak...sob..sob..sob... (poyosss...) dan yang pastinya...siapalah yang bakal menjadi pelajar kegemaran aku nanti...jeng..jeng..jeng...tapi mari kita layan bakal pelajar AF9 yang bakal tersingkir pada minggu pertama nanti...haha...layan....





Speechless lah tgok bakal pelajar yang tersingkir 3 orang ni.... ;) DONE!



KALAU suami..JIKA suami...




KALAU SUAMI 
 
Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia

Kalo suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..



JIKA SUAMI 


Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?

JIKA SUAMI...lebih banyak dari KALAU SUAMI...maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ….

KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI… maka berhati-hatilah. …
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :

Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia
NERAKA ?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH
BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA
OLEH TUHAN YG MAHA ESA….

* Ihsan dari lawakjenaka.4youz.com Just Sharing ;)

DONE!


Bidadari

Semalam balik keje i ajak laling singgah Giant Seksyen 13 sebab nak cari stokis DCL ni, jenuh aku carik stokis die kat shah alam ni. selalu aku beli dgn kak fadhilah tu je, die drop by kan kat shah alam ni, tp semalam aku msg die, die kata die tgh dlm pantang..haha..so pepandailah aku google carik sendiri. at last, tadaaaaa...jumpa jugak Bidadari hatiku ini....


Kalo korang nampak tagline die kat kotak tu kan "Setiap Malam Adalah Malam Pertama..." jeng..jeng..jeng...so mesti korang faham kan kenapa aku suka and WAJIB makan Bidadari ni? memang akan rasa perubahanlah kalo makan ni..haha..malu mak nak ceciter perubahan die kat sini nyah...kalo nak tahu kene try arr sendiri k!! kalo tak tahu nak dapat kat mana? leh rojer2 aku ek? gerenti tak kan menyesal lah kalo cuba...kat bawah ni aku ceciter  sket pasal kandungannya :


Keistimewaan Bidadari

Mekanisme Bidadari : BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya denan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)


Kandungan Bidadari

madu asli, kurma, manjakani, akar serapat, kacip fatimah, sireh, serai, jarum mas, asam jawa dan herba-herba terpilih

Madu

Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.
 

Sireh

Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.


Akar Serapat 

Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.


Kacip Fatimah

Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.


Kurma

Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani


Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.


Serai

Kandungan `Citral' di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.



Jarum Emas  (herba)

Jarum emas ada la herba yang terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual. Menghilangkan perasaan dingin para isteri pada suami.



Asam Jawa

Kandungan `Flavonoid' di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan dan mengimbangi panas dari herba2 dalam bidadari


Bidadari membantu:-

*Membina dan mengecutkan rahim

* Menguatkan otot dan menyempitkan faraj

* Menegangkan payudara

* Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan

* Menguatkan sistem kemutan

* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin.

* Menambahkan kolagen dalam badan

* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
* Menghilangkan bau badan & mulut


* Mengatasi masalah senggugut, keputihan & buasir

* Melegakan panas badan 



Ok..tulah serba sedikit pasal Bidadari ni. aku amik 2 sudu (sudu plastik je ok..besi tokleh) pagi dan 2 sudu malam sebelum tido. lepas makan Bidadari ni jgn minum apa2 tau..lepas sejam baru leh minum, yelah..nak kasi khasiat die meresap dulu dalam badan kan. and makanlah tiap2 hari KECUALI time period ok!
DONE!



Selasa, Mac 29

Website Speed Test

Terjumpa lagi something yang mudah dan intresting ni, jadi sukalah aku utk share. mungkin ada yang dah tahu, tapi yang belom tahu and yang baru tejumpa mcm aku ni, mesti macam jakun sket, haha...
Website Speed Test  ni berguna untuk kita cek samada website kita ni slow ke..laju ke bila nak load. Caranya pun very the sonang jek.



1. Copy n paste jeklah url website korang atau website sesapalah yg korang rajin nak cek kan atau nak buat spotcek..kat dalam box putih tu.

2. Pastu klik jek lah button 'Check' tu..

Ha...sonang jek kan, tp result die by anggaran kasarlah, depends jugak pada server. Resultnya pulak, kalo kuar warna merah maknanya "lembabnya nak load website ni..". kalo kuar warna biru maknanya "wah..laju gilerr..baru klik jek dah terpampang dah.." hahaha..lebih kurang gitulah ye..so boleh cuba try test.....DONE!






Cowboy Town A Famosa Resort

Hari tu masa cuti raya cina, aku ngan sepupu sepapat aku ni seme pi jenjalan kat A Famosa Resort Melaka. aku sefamily gerak dari Selangor, diorang ni pulak gerak dari Johor, so jumpa kat tengah-tengah..Melaka..very fair kan? kitorang sampai pun dah petang, ingat nak layan Water World, tp cam rugi pulak sbb dah petang. so kitorang pun tunggulah Cowboy Town ni bukak, dalam kul 6.30 ptg macam tulah, siang2 takdak tau Cowboy Town ni, malam je..sbb waktu malamlah pemandangannya sgt cantik sekali, mcm berada di perkampungan red indian btol2 lah.. Masa pergi tu time cuti kan, so pepahamlah berapa ramai makhluk yang ada kat dalam tu, drpada manusia..melayu, cina (korang ni..ada ke time raya2 ni pi lepak sini? pegilah ziarah kaum kerabat ke..huh..), india, pelancung (sgt ramaiiii ok..), gajah, kuda, ular, anjing, even ayam pun ada dalam ni kau..jgn tak caya..macam-macam adalah senang citer...so..layan gambo jek lah..malas dah nak merapu pepanjang...

Inilah kaum kerabat aku yang turut serta..cousins yg very the sporting!!!

Sedang bincang nak beli tiket, masih maintain pose depan kaunter..haruslah kan...

At last...mak jugak yg beratur pi beli tiket nyah....

Danish dengan wajahnya yang hampir sembuh dari kene belasah...haha...

Saloon ko!!! tapi tak masuk..pose luar jek lah...

Bebudak ni seme posing depan restaurant

Aaaa...pancitlah tayar tu coz seme dok bertenggek atas ni...

Adoii..terblur pulak gambo ni..malas nak upload balik weii..layan jek lah..Disco time!!!

Laling with Danish depan pusat bowling

Ni best!!! layan 4D theater..Danish keluar seluar seme basah...hehe...

Antara babak-babak show malam tu..very the boommbbbb lah shownya..terbaik!!!


So..memang very the puas hatilah pi sini, dari petang kul 6.30 sampai malam kul 12 lebey kitorang lepak situ, memang macam-macam aktiviti ada (tak daya nak tempek pic seme jenis aktiviti..) nak shopping...nak naik gajah..nak naik kuda..nak lepak main bowling...nak makan-makan..nak layan theater..nak massage..nak layan fun fair..nak games..nak tengok red indians show...korang nak apa lagi?? DONE!




Isnin, Mac 28

Komen Mengomen

Sekali lagi aku nak kongsi hasil research aku sebagai new blogger yang sedang rajin berblogwalking and meninggalkan komen di blog2 blogger yang lain. apa yang aku nak share kat sini kan (ni pada pendapat akulah kan...) aku rasa lebih SUKA dan RAJIN nak meninggalkan komen bila :


1.    Aku suka bila setiap entry di blog tu, button komennya ada btol2 bawah entry tu..like this...(bagi contoh sendiri punya blog...ekekeke...)


Dan bukan yang macam kat bawah ni...

Dah syok2 aku baca entry tu sampai abis kat bawah (lagi2lah kalo entry tu panjang berjela kau...), bila aku nak komen jek..aik?? mana button komen budak ni?? jenuhlah aku scroll balik kat atas tu carik button komen..kan very the buang masa kan?


2.    Aku suka setiap button komen di entry tu clear nama buttonnya dan senang nak difahami..apa susah2 fikir..bior jek lah button tu dgn nama asal die 'KOMEN'...kan senang kan? simple and seme org faham tu button utk komen..Adalah setengah blog tu (bukan setengah..banyak jugak arr..) aku terjumpa nama button komen die berbagai2..tp memanglah very the kreatif blogger ni..tak dinafikan lagi, tp pada aku..jenuh gak aku nk fahamkan, btol ke ni button komennya ek?





3.    Aku suka bila aku klik jek button komen tu, die kuar pop up window macam ni


Sangat senang hati bila kita dah siap submit komen, then pop up window tu kita boleh tutup tanpa menggangu entry yang sedang kita baca di blog itu..takdelah nak tunggu reload balik blog tu lepas satu komen masuk kan?


4.    Aku suka bila TIADA word verification bila nak submit komen tu...alah..contoh yang macam ni tu...


Memanglah berguna untuk anti-spamming..tp entahlah..aku rimaslah..jenuh tgn mak nak menaip nyah oii..ko bayangkanlah kalo sehari tu ada 20 entry yang aku rajin komen, tak ke berpinar2 mata aku tgok huruf2 tu..huhu...


Ok, kesimpulannya..ini hanya pada pandangan aku jeklah..(kang ada yang kata, eh pepandai jek budak baru blajo ni nak mengajo org..) tp taklah semestinya and sewajibnya setiap blog tu kene follow rule ni....cuma apa yang baik dijadikan tauladan dan yg tidak baik itu dijadikan sempadan...lalalala...DONE!





Melaka vs Neraka

Adegan my son Danish (2 tahun 10 bulan) borak ngan mak langnya Jesnieta :

Gambar kredit to Facebook Jesnieta Anieta

Komen yang paling aku suka ialah dari Sumaiyah Ahmad Suhaimi...ekekeke...thanks ye sudi memberi komen begitu... DONE!



Udaimatunnur Thumbs Up

Selepas entry pasal wedding cake yg very the gorjessss ritu..ramailah pulok yg tanya pasal baju pengantin yg very the meletopssss ni..tp serius..memang cantik sgt baju pengantin dari Udaimatunnur ni...very the sopan and berkualiti..harganya pun very the lah kan..tp worth it lah dgn hasilnya tu, pandai adik ipar (jesnieta) aku ni mencari..sampaikan aku pun terjebak gak kene ikut die pegi fitting kat Butik Udaimatunnur ni..dah lah jauh kau..kat Bukit Beruntung Rawang sana tu..die takde outlet lain selain situ jek lah..so..customer die dr Sabah Sarawak tu sanggup dtg Rawang demi nak kan baju2 die. si Jesnieta ni just sewa je baju2 pengantin ni..nak beli tak mampu kau...and yg luckynya die dpt pakai baju yg baru jahit, sbb baju yg sijibik mcm ni, kira yg first batchlah, Udaimatunnur ni dah jual. standard butik pengantin lah kan, lps 3 customer pakai pastu die akan jual baju tu. so mari layannn kemeletopan baju pengantin ni...

UDA_9291

UDA_9344

nit
Siap ada ala-ala arabic gitu..nice..


UDA_9243

Baju yg Bienda pakai masa wedding die ni pun dr Udaimatunnur jugak..ada aku nampak tergantung kat butik die masa aku pi sana tu. pd pendapat akulah, apa yg lain dr yang lainnya baju pengantin dr Udaimatunnur ni, die punya veil yg kat belakang kepala tu, very the unik and elegant, tak pernah jumpa lagi di butik pengantin lain kot, and yg bagusnya pulak, Udaimatunnur ni hanya menerima pengantin yg bertudung sahaja utk pakai baju2 die tu. tabik springlah kan!!!

DONE!



Sabtu, Mac 26

Yahoo Babel Fish

Korang tahu tak pasal Yahoo Babel Fish ni? aku godek2 yahoo ni sekali tejumpa, very the lembsnya aku pasal info2 terbaru ni..haha..Yahoo Babel Fish  ni berguna untuk kita translate apa2 bahasa pun lah, just copy n paste je, very the senang kan? environmentnya pun simple n mudah je..like this...

yahoo babel fish

Selalunya aku guna CitCat as translator aku kalo nk translate BI - BM or BM - BI. tp CitCat ni terhad kepada 2 bahasa tu je. tp Yahoo Babel Fish ada macam2 bahasa ko..very the interestinglah kalo ada kawan2 korang dr Taiwan ke..Perancis ke..Bombay ke hantar email kat ko guna bahasa die, korang just translate je kat sini..

yahoo babel fish 2

May be ada macam-macam lagi translator yg menarik yang aku tak tahu, kalo korang tahu leh arr share kat sini yer...DONE!



Jumaat, Mac 25

Earth Hour = Tutup Lampu

Eh....esoklah rupanya Earth Hour ni..jangan lupa tau korang, supportlah sket, bukannya susah pun..korang tutup jeklah lampu kejap kul 8.30 malam esok, and kalo panas dok dalam umah tu, korang kuarlah pi jalan2 ke..apa ke kan? nampak? senang jek kan inisiatif perubahan iklim terbesar di dunia ni. aku ingat lagi masa Earth Hour tahun lepas (Earth Hour 2010 yang paling terbesar dan mencatat rekod), masa tu aku kat umah MIL, kitorang (aku sefamily with adik ipar duai aku seme) punyalah semangat tutup seme lampu, then kitorang naik kete pi ronda satu kampung, kitorang cek umah sapa yg terang benderang degil takmo tutup lampu...hahaha..very the kenangan. rasa kejap je kejadian tu terjadi, ni dah nak jadi lagi..uish..cepatnya bumi ini berputarrrr.....


DONE!





Nokia N 103, Power ke?

Biar betik?? betol ke apa yang aku dapat tahu ni? Nokia nak kalahkan Blackberry and iPhone 4? OMG!! Torch aku pun die nak kalahkan gak ke? very the tau..haha..Nokia akan launching phone ni kat Dubai GITEX 2010..tapi kenapa 2010 ek? konfius mak nyah..tapi apa yang aku dapat tahu specification N 103 ni macam ni :

32 GB memory Card (y)
512 MB internal Memory (y)
20 Meters Bluetooth Coverrage :s
Equipped with Nokia Maps (y)
Nokia Messenger just like BBM (ni yg paling tak tahan ni..egegegege...)
8.2 Megapixels Camera With 6X B)(y)
3 Days Battery Life (*)

Luculahlah spec die kan? Harga pulak bapa? ooo...1150 US $ well.....mesti terbayang2 apakah rupanya kan? tadaaa...mai tgok ni

DONE!



Alahai Gorjesnya!!!

Entry ni aku nak mencatatkan kenangan aku mengsponsor kek kahwin adik ipar aku. walaupun dah lama dah berlalu majlis kahwin die ni (dah pegnen pun ko nyah..hehe..) tp takpelah, sekurang-kurangnya tercatat jugak dlm blog aku kek yg mmg very the gorjesss!!!! and mendapat sambutan dan pertanyaan ramai orang yang tengok masa hari kejadian tu, penat si pengantin nak menjawab "aa..kek ni akak i yg sponsor..", "kek cantik tu tanya akak i lah bli kat mana..", "cantik ye kek tu? thankslah..akak i yg sponsor.." hahaha.....mesti menyirap jek ko (jesnieta) dengar kan nyahhh...serius tau... redmummy pun mesti sukalah kalo tengok kek gorjes ni..jgn terliur sudahlah kak red..haha..
Actually kek ni dibuat khas oleh AnisBakery , aku terjumpa anisbakery ni pun hasil dari penggoogelan aku masa nak survey2 design wedding cake adik ipar aku ni. masa aku tgh menggodek web anisbakery ni aku ada terjumpa kek yg diorang buat utk DeejayNazie dr KL.fm, very the sweetest pink ko..cantik sgt, tak caya pilah skodeng ;) so aku pun dgn very the semangatnya propose tuk buat wedding cake adik ipar aku ni kaler merah/hitam, and hasilnya...tadaaaa....

73451_171140549579776_100000514975828_529757_8173031_n
Thanks Kak Nisa and Abg Sham untuk wedding cake yang sangat cantik ini...


UDA_9000
Rasanya pengantin ni pun sesweet wedding cake tu tak? ngeh3...


UDA_8977
Siap bagi free pisau panjang tu haa..dah aku simpan kat umah buat potong buah :)

So, lepasni kalo ada lagi yang tanya pasal kek ko tu nyah (jesnieta), suruhlah diorang tgok kat sini ye. yelah....penat aku buat entry khas pasal ko ni, and lepasni pun aku rasa nak buat satu lagi entry pasal ko..(sukalah tu..glemer lah ko pasni..muahahaha.....takde maknanya glemer nyah..kalo muka ko kuar kat blog kak red tu barulah ko glemer...)

DONE!


Khamis, Mac 24

ChurpChurp Best!!

                                                           Gambar kredit to tekkaus.com

Wahh..bestnya kan kalo dapat cash out kan dgn total yg macam gambo kat atas tu? tulah kelebihannya join baby Nuffnang iaitu ChurpChurp (CC) ni...aku pun baru je blajo and berjinak-jinak ngan CC ni...kalo pada sesapa yg pengguna tegar Facebook and Twitter..lagi2 lah bonus buat u all, just klik and klik and klik and rajin and terus rajin, insyaallah akan dapat ganjaran seperti di atas tu..jelessss mak nengok ko punya earning tu nyahhhh...

So, apa lagi..marilah kita bersama-sama menjana pendapatan dgn klik di bawah ni :

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

DONE!



Nama Blog Pelik-Pelik Belaka

Sepanjang aku sedang study untuk menjadi pemblogger yg bagus and berkhemah lah kononnya ni, aku rajinlah blogwalking ke blog blogger2 yg lain. sungguh tak sangka aku, ada beribu riban blog rupanya kat malaysia ni ek? tak daya mak nak jenjalan ke setiap blog tu nyah oiii...penat kaki ni nak melangkah, oh bukan..penat jari ni nak mengklik, and penant bijik mata ni nak mengscroll atas bawah atas bawah. tp takpe, aku akan teruskan usaha slowly lah kan, rajinkan diri berkenalan dgn blogger yg lain, lgpun aku mmg suka baca story morry blogger ni, sungguh menghiburkan hati dan memberi sejuta informasi.

Tapi yang paling bestnya bila blogwalking ni kan, aku jumpalah macam2 nama blog yg sungguh pelik, kelakar pun ada, unik pun ada, macam2 pun ada. so sukalah aku nak list down kan blog yg aku suka nama blog tu ;)

1. http://kukukakikauaku.blogspot.com/
2. http://www.spendapintalgetah.com/
3. http://itikkejam.blogspot.com/
4. http://wytepepelqwert.blogspot.com/

ok..setakat ni..itulah yg paling pelik aku jumpa. nanti lepas aku jenjalan lagi kalo aku terjumpa lagi aku listdown kan lagi pemblogger yg bertuah itu. DONE!








Panggilan Hangit lagi!!!

telemarketer_art
Adoiii...suka aku ceciter lagi..hari ini aku dapat kol lagi..agaknya memang diorang tgh kempen besar-besaran kot untuk MEMAKSA org beli insurans die tu..kot iye pun nak meniaga, tak yah ar paksa-paksa orang kan? tak baik gitu dik oii..yang lepas punya panggilan pasal Gift Card kan? so yg  ni lak pasal insurans ******* actually ni kali kedua aku dpt kol pasal insurans ni. masa aku dpt kol pestime tu, aku terus kol maybank tanya btol ke diorang ada bekerjasama dgn company ******* yg mewajibkan pemegang kad kredit amik insurans ni? so the answer is NO ok.. so dgn penuh konfidennya aku jawablah panggilan yg kedua ni (dgn niat utk layankan dan nak tahu apa pulak gaya ayat diorang nk mengayat orang pulak kali ni..)
Adik ni (pompuan india yg tak berapa nak fasih ckp melayu..berbelit2..pening mak nak paham nyah oii...) kol guna no hanset..perlu ke aku nyatakan no hansetnya brapa ye?? bila aku tanya kenapa tak guna no opis? die cakap hanset ni mmg khas utk kol pelanggan kami..how sweet kan? haha..then die mulalah membebel "saya wakil dari maybank utk mengesahkan anda sebagai pemegang kad kredit maybank..bla..bla.. (siap bacakan no kad kredit aku..tp salah, and aku buat dunno jek..)" yang tak tahan tu siap ngaku wakil dr maybank lak tu..then siap mention "cik tak payah risau untuk membayar yuran bulanan kerana hanya dicas yuran tahunan sahaja sebanyak rm 296 hengget"
So aku tanyalah..kalo saya tak berminat nak bayar yuran tahunan tu macamana pulak? then die cakap "cik tak perlu risau..kalo cik tak berminat takpe..tahun depan cik boleh decide utk batalkan balik" hahaha..tp yg tahun ni punya ko nak cekik jugak kan duit aku tu?? pastu aku ckplah ngan die, kalo sy tak berminat jugak nak bayar yuran utk tahun ni dan tahun bila2 pun mcmana pulak? then die cakap "eh..tak boleh cik, kalo tidak kad kredit cik kene blok nanti.." wah...sesuka hati ko jek dik nak blok2 kad kredit aku yek? lucu btol lah ko ni dik...pastu aku terus cakap ngan die...
ok..saya tak kisahlah kene blok pun..saya tak berminat ..terima kasih..then terus aku picit button merah kat torch aku ni... ;) DONE!


Windows Live Writer


testing

Setelah aku buat kajian pasal bloging ni, ada blogger yg suggest guna Windows Live Writer  (aku shortformkan lps ni jd WLW ok) untuk kita updated entry. so..aku pun tanyalah pakcik google then jumpa, so terus download dan dgn membuntangkan mata aku mlm td, aku pun dok menggodek dan mengexplorelah WLW ni. eh..cam best jek kan, very the senangnya nak updated blog aku lps ni, very the simple, nice, ala2 mcm Microsoft Word tu. then siap bole letak watermark kat gambo, contoh mcm gambo kat atas tu (dgn tujuan nak protect gambo kita dr disalahgunakan oleh org lain..btol tak?)
Selain tu jugak apa yg aku sempat godek lg pasal WLW ni..die ada plugin utk die jadikan post kita sebagai satu link utk kita update di twitter, emm…very interesting..so..kesimpulannya mmg very the senang monang kalo blogger yg tegar utk mengupdated entry melalui WLW ni..Thumbs up esok aku sambung godek lagi k, kalo aku jumpa something yg interesting lagi akan aku sharekan lagi..k..DONE!