Rabu, April 6

Gym Cepat vs Gym Lambat, Mana Bagus?

Ok..sebelum aku ceciter.. mari kita keringkan gusi jap..layann...

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.

"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru
je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.

"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",
katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat....... hehehe"



Ok..sekadar berlawak jenaka je ye? sebenornya aku teringin gak nak cuba pergi gym cam artis2 kita tu dok pergi selalu.. (adoii..ko bukan artiss..watpe nak pergi gym?) aku nak pergi gym bukan nak tiru artis2 lah. tapi tujuan utama sebab nak tingkatkan stamina, tujuan kedua yang agak penting jugak nak kuruskan badan.. hehehe.. tapi semua kata badan aku dan maintain. (haha..perasan!!) mana ada maintain, blom tgok apa yang tersembunyi kat dalam lagi, dah 3 tahun lebih tak pernah bersenam. uwaa.. sungguh dasyat sekali. so, sebagai cobaan beberapa minggu yang lepas aku bermula dgn ajak laling pi jogging ptg2 lepas balik keje tu. tapi masa tu Danish lepak umah MIL, so boleh arr layan. tp sekarang dah start balik die pi school, maunya aku yang jogging sensorang, laling lak layankan die kat taman. uih..tak bestnya takde geng! so apa kata cari geng pergi gym jek? menarik gak kan? lagipun member aku si Shaza dengan baik hatinya telah bagi aku promotion trial dari Contours Express ni.. thanks Shaza!!





Cam menarik untuk mencuba. tapi Shaza tokleh nak teman pulak sekarang sebab ada masalah keluarga.. (haha.. pepandai jek aku, padahal die kata takde transport nak pergi skrg) so sapa nak temankan aku pergi ni??

DONE!



3 ulasan:

Amiera Hilton berkata...

hahahha. gym sederhana cmne plak eh? huhu

Mamamyja blogspot berkata...

kak, jom joint ija ngan aiman g fitness first... besh ooo... macam2 kelas ada.. nak salsa pon boleh... heheheh, jom ar joint.. tapi yuran skrang mahal lah 200++..

madammondoq berkata...

to amiera hilton : cuba u buat andaian tu? :)

to eja : adoii..tak mampulah nak pi fitness first..ekekekeke...