Khamis, April 14

Jemput Singgah Rumah Baru Madam



KEPADA SEMUA PEMBACA-PEMBACA DAN TEMAN-TEMAN SETIA MADAM..

DIJEMPUT UNTUK SINGGAH KE RUMAH BARU MADAM DI WWW.MADAMMONDOQ.COM
UNTUK MAKLUMAN, TIADA LAGI ENTRY BARU AKAN DI PUBLISH DI SINI, SEMUANYA AKAN LEBIH MENARIK DAN TERTARIK DI WWW.MADAMMONDOQ.COM!! 

JUMPA DI SANA OK!!

I WILL MISS A LOT MY BLOGSPOT..






Isnin, April 11

Memey Suhaiza vs Hugo Boss = ada kono mengono

Ok.. sambung ceciter dari entry yang sebelum ni. eh.. ado kono mengononye Memey dengan Hugo Boss yang aku sambor tu. begini ceciternya.. masa aku nak bayo Hugo Boss aku kat kaunter pembayaran World Of Perfume tu, tetibe aku pandang sebelah, " eh, mcm si memey jek? btol ke? iyerlah ni.." (berkata-kata di dalam hati ye..) rupanya memang btol lah, die dengan berbaju kuning bersanggul ala-ala orang dalam pantang and ber heels tinggi gilerr ko.. (aa.. semualah aku telek kan, dah die 10cm je sebelah aku.. haha..) so sedang aku tengah jalankan urusan pembayaran aku, tetiba handset si Memey tu bunyi.

" Hello, abg kat mana? tadi mey nampak abg kat kedai tu, ingat nak pegi sana, mey dekat sacc mall ni tgh beli perfume ni, nanti abg amik dekat depan sacc mall ni lah, mey tunggu sini tau.. bla.. bla.. bla.." (skrip tu aku dh ubah suai sket sbb lupalah sebijik sebijan gitu kan, tp lebih kurang gitulah.. )

Ha.. so mesti korang semua tahu siapa itu 'abg' kan? muahahahaha... memula tu aku macam nak tegur dan bergambar lah dengan die kan? tapi bile aku pikir balik Memey?? ermm.. tak jadilah aku nk bergambo dengan die. haha.. jahat tak aku?? tapi si Memey ni pada aku kalo tak berapa make up lagi sweet and cantik, sbb die dah natural beauty. tp bile dah make up tebal macam aku jumpa tu.. huh.. kureng arr.. so apa kata kita layan gambo-gambo si Memey comeyy ni.



Aa.. btol kan? memang comey si Memey ni, aku kenal die btol-btol masa die kuar kat WHI TV3 pasal kes meletop die tu. masa tu lagi aku dah belek muka die ni memang comeyy. tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. huhu.. so begitulah kono mengononya Memey dgn hugo Boss aku tu. apa macam?

DONE!



Memey Suhaiza vs Hugo Boss

Apa kene mengena si Memey dengan Hugo Boss ni? nampak cam takdo kono mengono kan? tapi ado.. sat gi aku citer pasal Memey ye, tapi skrg aku nak ceciter pasal Hugo Boss ni dulu. last week aku pi World Of Perfume dekat SAC Mall. ni second time aku datang sini, last ritu masa beli Paul Smith Rose. very the sedap baunya, tp tak berapa nak lastinglah. so aku ingat nak cari perfume bau rose tapi yang lasting. so jenuhlah adik tu dok layankan aku try bau semua perfume yang ala-ala bau rose kat situ. aku memang very the cerewet tang nak beli perfume ni, sbb hidung aku yang very the mengada-ngada ni amat sensitip. bau wangi sangat pun tak boleh, bau fresh sangat pun tak boleh, bau sweet manis sangat pun tak boleh, nanti terus naik ke kepala dan secara automatiknya akan pening dengan kronik sekali. even kebanyakan bau minyak wangi kete tu pun aku tak boleh pergi.. tapi kalo bau yang ala-ala bau rose memang hidung aku ni amat suka sekali, even laling aku kata macam bau pokok jek, haha.. tak kisahlah laling, yang penting u tak dengar i ngadu sakit kepala sokmo kan? So aku terjumpalah bau rose yang sangat wangi, and i'am fall in love with this...



Tapi alangkah malangnya sebab tinggal yang beso jek, yang kecik dah abis, sangat kecewa ok!! nak beli yang beso tu cam tak mampulah pulak. so say bye jek lah to Bvlgari ni. uwaaaa..... (tapi akan ku teruskan pencarian cari jugak Bvlgari yang kecik ni!!) rupanya tak banyak pun yg ada bau rose ni, yang lain semua dah takde. so dengan nekadnya aku pun carilah bau lain yang agak-agak soft sket. akhirnya... sambo jek lah yang ni..


Hugo Boss Woman ni pun ala-ala soft, sedap jugaklah and yang penting lepas try ni kepala aku tak sakit. cover die pun cantik. and laling pun kata  "aa..yang ni baru wangi, ada bau-bau sensualiti, takdelah macam bau pokok jek.." hehe.. so, puas hati jugaklah. dan bila sampai umah, aku terpandang laling aku punya perfume, laaa... sama rupanya Hugo Boss jugak, aku yang bagi die last year, tapi aku yang lupa, haha.. so bergandingan lah kita and very sedondonlah kitakan?



So..sekian sajalah  kisah Hugo Boss aku ni, macam dah panjang sangat pulak aku nak sambung ceciter pasal si Memey ni kan? apa kata aku sambung next entry pulak? so, pada peminat tegar Memey Suhaiza, nantikan entry seterusnya ye.





Jumaat, April 8

KOLONY Simbol Misteri Terbongkar!!


Ha.. mesti korang familiar giler dengan simbol kat atas ni yang very the misteri dan hangat sekarang ni kan? aku pun cuak jugak, pi mana-mana nampak simbol ni sokmo. ingatkan fenomena apalah yang nak jadi ni? alien nak datang ke? tanda-tanda bencana alam ke? uish.. amalan dah lah belum cukup lagi, seram weii.. 

Rupa-rupanya ni semua Celcom punya keje. hebatlah telco aku ni, cara die buat strategi promosi memang unik dan berjaya membuatkan orang tertanya-tanya, tapi cuak pun ada.. norghty tau. simbol yang very the misteri ni rupanya akan dilancarkan hari ni lah 8 April 2011. simbol ni rupanya trademark 'Kolony' yang merupakan salah satu laman sosial. tahu kan laman sosial tu apa? yang selalu korang dok bersosial hari-hari tulah. tapi Kolony ni guna hanset pun boleh layan tau. menarik nampak kan? eh.. tapi pengguna tegar Celcom je boleh ye, harap maklum.

So, nak tahu lebih lanjut bolehlah skodeng and study kat laman web kolony.com.my sendiri ye.


DONE!



Nuffnang Ajak Tengok Wayang Free!!

Semangat aku nak ceciter bout this, almaklumlah newbie blogger cam aku ni memanglah over exited ceciter bende ni. as newbie, macam biasalah aku selalu dok study kat web Nuffnang (NN), then ternampaklah gambo yang very the seram ni kat main page die..kebetulan aku kan memang suka tengok ceciter seram and thriller ni, sampai jangkit kat Danish, dia pun leh layan khusyuk jek tengok citer hantu.




Rupanya gambar ni untuk Nuffnang Premiere Screening (NPS). NN memang selalu buat NPS ni untuk nuffnangersnya. sungguh baik hati and bagus kan? (amboi..ayat bodek nampak sangat ye madam..haha..) tapi bukan sesenang jek NN nak bagi tiket free ni tau. korang kenelah jawab soalan-soalan yang die bagi tu. soalannya pada aku susahlah gak and  majoriti yang jawab semua in english ok. so dgn selamba dan semangat ingin mencubanya aku jawablah dengan ayat melayu yang merapu raban itu. aku siap buat research lagi sebelum jawab tu tau. kalo nak tengok jawapan aku tu ada di FB aku tu ha, pilah godek ye.

Then aku pun tunggulah 6 haribulan, sbb NN kata first bacth invitation akan diberitahu hari tu. tapi takdak pung?? (eh, perasan macam menang jek, dah tak menang, mmglah takdakk, uwaaa...) konfius aku, die bagitahu macammana ye? aku tanya Redmummy, die kata die akan send by mail memasing. oo.. oklah, try tunggu esoklah, dan akhirnya petang semalam terbeliak biji mata aku tengok mail dari NN!! berbunyi begini ye..

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Nuffnang Premiere Screening of Scream 4 on;

Date: 13 April 2011 (Wednesday)
Time: 9.00pm
Venue: GSC 1 Utama

TWO (2) tickets have been reserved under your name and email address at this point. bla..bla...bla.... (malas copy sampai abis..)

Akhirnya.. berjaya jugak aku menjadi pemenang antara 45 nuffnangers lain yang terpilih. thanks NN!! akan aku penuhi impian ku ini di GSC nanti. so, laling.. jom kita layannnn Scream4!! liputan sepanjang hari kejadian will come out lps hari kejadian lah ye..
DONE!



Khamis, April 7

Aku Rindu Kammooo!!!!

Untuk makluman semua, aku sangat rindu pada kamu di bawah ini semua...uwaaaaa!!!!! bila mau pulang ke kampung halaman ni? (kampung ke? tak berapa nak kampung sgtlah kot) laling.. jom balik Kluang.. :)



Ayahanda


Bonda


Si Kepoh


Si Cikgu suka bebel


Si Montel


dan.. Si Cinonet ni..

DONE!




Si Cantik Manggis Boleh Sihatkan Badan



Semalam laling balik keje bawak 2 botol minuman Charge Mangosteen ni. die beli kat opis, sbb tgok aku ngan Danish both srot..sret..srot..sret.. katanya elok minum ni untuk selesema. oo.. baru aku tahu buah kegemaran aku ni banyak khasiat rupanya. buah kegemaran lalingku si durian tu banyak khasiat tak gaknya ye? haha.. buat memeningkan palaku je dgn baunya yang semeribit tu. aku memang dari dulu (tak ingat dari bila ntah..) memang tak suka durian, even bau pun tak suka, tapi oleh kerana pas kawin lalingku suka gilerr, so aku macam dah kebal sketlah dengan baunya tu. tapi still tokleh nak telan. 

Berbalik pada citer Charge Mangosteen tu tadi, aku pun tanyalah pakcik google. rupanya Charge Mangosteen ni ada 12 jenis vitamin spektrum penuh dalam pati buah dan kulit manggis. dan yang bestnya lagi, ia antioksida! very the bagus untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan. dan antara khasiat die yang aku very the suka ialah menghasilkan struktur kulit badan sihat dan cantik serta halus dan awet muda!! auww.. i kan memang suka cantik. hehe.. so, apa lagi, mari sambar ini manggis.. tapi mahal sketlah kot, lalingku beli sebotol tu RM6. elok makan setiap hari sebotol sebelum sarapan. aku dah try rasa sket, tak manis langsung and macam payau-payau sket, tapi still boleh telan lah. so bagi yang nak cuba tu bolehlah cuba ye puan-puan.

DONE!




Rabu, April 6

Gym Cepat vs Gym Lambat, Mana Bagus?

Ok..sebelum aku ceciter.. mari kita keringkan gusi jap..layann...

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'.

"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru
je nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya telah turun 3kg.

"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",
katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat....... hehehe"



Ok..sekadar berlawak jenaka je ye? sebenornya aku teringin gak nak cuba pergi gym cam artis2 kita tu dok pergi selalu.. (adoii..ko bukan artiss..watpe nak pergi gym?) aku nak pergi gym bukan nak tiru artis2 lah. tapi tujuan utama sebab nak tingkatkan stamina, tujuan kedua yang agak penting jugak nak kuruskan badan.. hehehe.. tapi semua kata badan aku dan maintain. (haha..perasan!!) mana ada maintain, blom tgok apa yang tersembunyi kat dalam lagi, dah 3 tahun lebih tak pernah bersenam. uwaa.. sungguh dasyat sekali. so, sebagai cobaan beberapa minggu yang lepas aku bermula dgn ajak laling pi jogging ptg2 lepas balik keje tu. tapi masa tu Danish lepak umah MIL, so boleh arr layan. tp sekarang dah start balik die pi school, maunya aku yang jogging sensorang, laling lak layankan die kat taman. uih..tak bestnya takde geng! so apa kata cari geng pergi gym jek? menarik gak kan? lagipun member aku si Shaza dengan baik hatinya telah bagi aku promotion trial dari Contours Express ni.. thanks Shaza!!





Cam menarik untuk mencuba. tapi Shaza tokleh nak teman pulak sekarang sebab ada masalah keluarga.. (haha.. pepandai jek aku, padahal die kata takde transport nak pergi skrg) so sapa nak temankan aku pergi ni??

DONE!



Selasa, April 5

Zaman Kegelapan UTM Skudai

Semalam aku godek-godek hard disc lalingku, sekali terjumpa satu folder 'zaman kegelapan' uish..very the seram jek bunyiknya. then aku pun terjahlah nak tengok zaman apa yang gelap sangat tu? lorrr.. rupa-rupanya semua gambo-gambo die and member-member TeeGeenya waktu study kat UTM Skudai dulu. gelak sorang-sorang aku belek gambo memasing and aku rasa memang very the zaman kegelapanlah, sebabnya boleh tengok gambo kat bawah ni..



Very the sweetnya laling posing? ala-ala dalam filem kuch kuch hota hai, haha.. sorry ye laling, i berminatlah nak pampangkan gambo u ni, lagipun orang tak kenal u kot. sebab jauh benor bezanya dulu dan kini, hehe.. aku rasa yang takde beza langsung si Fahmi sorang jek kot, maintain benor. ntah apalah yang die makan untuk awet muda gaknya.. ahakssss...emm..macam tak puas je satu gambo kan? layan lagi satu ni lah.. (haha...lari!!!)



DONE!




Birthday Party Paling Happening

First of all, very the big thanks to Tetikusrusak coz menganjurkan contest yang very the happening ni. macam biasalah.. i like contest!! so dengan very the bersemangatnya aku telah selongkar kembali album besday party Danish last year yang memang very the happening gilerr masa tu. and the story begin...





Gambar Birthday Party Paling Happening ini diambil pada 22/05/2010 sempena Birthday Party my only son Danish yang ke-2 tahun. Party ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Drypers dengan kerjasama KFC Holdings. Ini kerana Danish telah memenangi Pertandingan Sambutan 100 Hari Jadi Drypers ! memang very the luckylah anak ibu ni.. rezeki.. alhamdulillah. Party ni juga paling happening sebab semua saudara dekat belah aku dari Johor dan belah laling aku dari Jenjarum telah hadir untuk meraikan party ni. Tidak lupa juga kawan-kawan rapat yang sudi hadir memeriahkan majlis. Saat paling gembira dapat bersama dengan semua yang disayangi. Big Love to all !!

“Saya mahu menang contest Birthday Party Paling Happening untuk memenangi Hadiah  Utama Photoshoot EyesOfGrace

DONE!



Isnin, April 4

Mr. OGAWA, Welcome To Our Family

Akhirnya tercapai jugak antara wishlist aku nak dapatkan tukang urut 24 jam di rumah. yahoo.. sekarang kat opis dah tak sabo-sabo nak balik umah, tak sabo nak soh pakcik Ogawa ni urutkan. pasni, kalo laling i  mengeluh sakit-sakit belakang ke.. dengan pantasnya i panggil pakcik Ogawa datang memberikan khidmat.. hehe.. very the senang kan? so ni lah antara 2 bende yang aku sambor dekat Tesco Nilai yang baru bukak tu.. (hampeh..pi sana konon nak jalan-jalan, akhirnya melaburkan duitku..)






Memang aku nak cari yang very the senang nak angkut-angkut macam ni. takmo yang kerusi beso tu, sebab dok terperap je kat umah. yang macam kat atas ni boleh di angkut ke mana sahaja. yerlah, every weekend kan aku berangkut balik umah MIL aku, so leh arr angkut sekali kan? untuk kegunaan bersama :) lagi bestnya yang urut badan tu boleh guna kat dalam kete, wah!!! very the intresting. kalo jalan jauh tu leh arr drive sambil pakcik Ogawa ni urutkan badan. so sesapa yang berminat? silalah serbu Ogawa sekarang!! sebab tengah sale ni!!!

DONE!




Fasha Sandha Oppsss... di ABPBH 2011

Gambar kredit to ohbulan.com


Kenapa tetiba terasa nak buat special entry pasal pasha..i nak sandar.... (dgn gaya ala-ala zizan) walaupun aku tahu ramai yang tak suka die, ramai yang mengutuk die, tapi ramai jugak yang still minat dan menyokong die kan? yerlah, kalau tak cana die leh menang kan? lagipun followers twitter die 75,591 kau!! ntah orang follow die sebab minat ke.. atau sibuk nak tahu cerita-cerita hangat die ke.. no komenlah kan. aku lak.. nak kata minat sgt pun tak, tak minat pun tak. emm..50-50 lah kot. tapi kalo ada cerita die berlakon layan je tengok. tapi yang aku nak cerita sekarang dress yang die pakai malam tadi very the gorjesss kan? eh...seksi? itu memanglah kan.. siapa tak kenal Fasha.. haha.. tapi aku memang suka dress yang kembang-kembang, ropol-ropol tang bawah tu. atas die lak, ala-ala nature gitu. tapi die sangat cantik and very the sesuai dengan warna dress ni, so sweeettttt!!!

Then saja nak kongsi apa yang die tweet dekat peminat die, very the low profile :


DONE!




Cuci Mata Tengok Wanita Cantik!!



Aku tertarik dengan seperenggan ayat di bawah ni :

" Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu."

Very the sweetkan ayat tu? memang ada btolnya apa yang diungkapkan. tapi aku rasa aku nak ungkapkan satu persatulah ayat kat atas tu mengikut pendapat aku sebagai wanita yang memang suka pada kecantikan :

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian.

Kalau bukan terletak pada pakaian, tapi kenapa aku rasa kalau kuar rumah je mesti nak pakai cantik-cantik baru rasa cantik. kalo tengok perempuan yang pandai dressing je mesti rasa die sangat cantik. ada tak perempuan nak kuar rumah rela dengan pakai baju klawo? kat dalam rumah sendiri pun aku tak rela nak pakai tshirt lusuh dan kain batik (masa dalam pantang je aku rasa aku pakai kain batik ni...) yerlah.. bukan main keluar rumah melaram habis, dalam rumah depan suami nak pakai tshirt ngan kain batik? atau baju kelawo? (sekali-sekali takpe kot, jangan hari-hari sudahlah..) very the lah kan. ingat ye puan-puan, dalam rumah pun kene pakai yang cantik jugak pada mata suami (rasa ni semua pun tahu cantik pada mata suami tu apa kan?)

Kecantikan wanita bukan pada bentuk tubuh.

Ni yang very the femeslah, bukan bentuk tubuh tu penting ke? tu pada akulah. so siapa kata tak penting tu jangan marah ye. semua  perempuan nak kurus kan? even laling aku pun kata "eh, ini perut ye? ingatkan peha.." adoii...nampak sangatlah ayat itu berbaur perli kan? haha... so sendiri kene fahamlah kalo suami dah cakap macamtu, walaupun die tak mention direct, tapi nampak sangat die lagi suka kaluauperut kita slim kan? so pada aku bentuk tubuh ni pentinglah!!

Kecantikan wanita terdapat pada mata.

Aa..ni aku setuju dan aku suka. sebab aku memang suka bab-bab mata ni. lagi-lagi mata Rani Mukherjee. very adore u!! aa mulalah nak merapu dah ni. memang btol, kalau mata kita sihat dan cantik even tak pakai make up atau lense pun dah berjaya menonjolkan kecantikan kita. so makanlah Inner Shine tu untuk cantikan mata (tapi aku pun tak makan lagi..huhu..) dan dari mata ni jugak boleh turun ke hati tau, so jaga-jaga ye puan-puan bila berpandangan dengan lelaki di luar sana, jangan tenung lama-lama.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah.

Yang ni pulak 50-50 lah aku setuju. sebabnya kadang-kadang nampak perempuan yang kulit halus giler, sangat cantiknya!! (ntah-ntah make up tebal die yang nampak kulit halus..) tak kisahlah kan. tapi ada jugak kulit yang tak brapa nak halus (macam akulah tu..) pun nampak cantik gak, dengan syarat kulit tu nampak bersih dan sihat. so sebagai perempuan, kita mesti rajin jaga muka ye? bukan sebelum kahwin je rajin, tp lepas kahwin mesti lagi rajin ok, even aku paham kerja kita ni 24 jam non stop kan? very the tired!! tapi cubalah luangkan sikit masa untuk manja-manjakan muka kita. hasilnya nanti pun, korang sendiri yang akan rasa kan?

Tapi, dalam banyak-banyak yang kat atas tu, memang tak dinafikan yang very the penting ialah ayat yang lastu

" kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu. "

So pada aku, sebagai seorang yang bergelar wanita, isteri dan ibu ni, (even kita sukakan kecantikan pun..) bila kita berikan cinta kita padaNYA, pada suami, pada anak-anak dan pada ibu bapa kita dengan ikhlas dan bukan terpaksa, insyaallah akan terkabulah macam dalam ayat tu. setuju ke??


DONE!



Jumaat, April 1

Nur Kasih The Movie Bagi Tiket Free!!!!


Amboii.. terbeliak bijik mata peminta-peminat Nur Kasih The Movie ni bila diorang nak bagi tiket free kan? mana ada yang free lagi dalam dunia ni tanpa ada usahanya kan?  haha.. aku pun antara peminat tegar jugak ni, sebab almaklumlah mysuperhero ada dalam tu. nak tahu siapa? mesti korang terlepas baca mysuperhero. so, mari beramai-ramai kita join contest dari Klassno ni, mana tahu bukan dapat tengok Nur Kasih The Movie jek, tapi dapat hadiah-hadiah lumayan macam kat atas tu. very the rezeki kan? lagi pun senang  je cara-caranya, macam kat bawah ni k. so mari kita mencuba..good luck u all!!


DONE!



Mary Kay Make Up Class

Last 3 weeks, aku ada dapat mail dari my BC berbunyi begini :

Salam ladies ..
Unit kak has akan mengadakan kelas mekap bersama make-up artist Ezad Ibrahim pada 27/03 ini.  Sesiapa yang berminat,  sila reply sebelum 15/03 ini ya.  Kak has cuma boleh bawa 5 orang guests saja,  so siapa nak please reply ASAP. 
Berikut adalah agendanya :
1030 - Registration (no walk-in, all guests please pay-up upfront)
1100 - Skin Care Class
1230 - Break
0100 - Make-up Class by Ezad Ibrahim. He's gonna teach us to do Day Make-up and then transform it into Nite Make-up...woohoo...
Guests will be guided step by step. No help by BC as we wanna make a competition out of it.... ;)
0300 - Make-up Competition Judging Time (SDs and Ezad)
0330 - Career Path
0400 - Bersurai
T&C:
1. Pay reg fee of RM10 upfront and must reach me by 15th Mar
2. Theme: Smart casual w a touch of elegence
Love & Belief
kak has


So..dengan tidak memikirkan apa-apa lagi..dan dengan rasa terujanya aku terus decide nak pegi. masalahnya pulak..sapa nak menemankan aku ni?? mak seganlah nak pi sensorang nyahh...hehe..ooo...apa kata aku ajak itu Datin Azie!!! haha..forsure die sudi punya nak menemankan aku..sebab make up dan Datin Azie memang tidak boleh dipisahkan lagi..ibarat isi dan kuku...ekekeke..jgn marah ye Datin...aku pun apa kurangnya kan..i love make up!!!!! so..bincang punya bincang dgn Datin Azie.....at last aku say ON kat BC aku.

Tibalah di hari kejadian....layan gambolah lagi best kan....nanti aku descriptkan sket-sket gambonya..



Class start dengan BC consult spesis skin memasing...kering ke..berminyak ke..normal ke..aa..jgn pasanlah kulit kome tu normal..sebenornya kulit baby tu jek boleh diistilahkan normal..kulit kita yang biasa ni mesti ada sket combination punyalah. macam kulit aku ni berminyak kat t-zone jek..yang tempat lelain tu kering kontang dahagakan air....haha...



Aaa..nilah peneman aku.. Datin Azie...uwaaa..glemer ko datin..terpampang kat blog madam ni...hahaha...Datin dtg dah siap make up..tapi tak sakan sgtlah make upnya sbb aku dah pesan, memula sesi tu akan di facial dulu muka kita..so bazir jek kalo nak make up2 sakan kan..



Ni antara geng2 semeja aku..dan tgoklah kat atas meja tu..alat2 utk kitorang buat experiment.sorang satu dapat..complete ok!! hanya di Mary Kay...  ;)  yang conduct masa sesi facial ni adalah BC aku Kak Has. dan yg conduct masa sesi make up pulak Ezad Ibrahim...oo...tidak!!!!! Ezad tak dapat dtg lak last minit...datoknya meninggal.. very the rugi pulak rasa..takpe..takde rezeki mungkin...tapi takpolah..Senior yang ajo tu pun best gak..layannn...



Ni pulak masa kitorang very the bz menempek mask kat muka. haha..apahalnya lah gambo ni seme zoom muka jek?? ala..sorrylah yek..gambo masa dalam proses sental menyental..tempek menempek tu seme free hair lah.. (almaklumlah sepanjang class berjalan memang arr kene bukak tudung kan..) so tak dapatlah mak nak tayang banyak2 nyah...padahal melambak tu...



Tadaaa...inilah hasilnya..sebelum dan selepas..very the bezakan? haha..yolah..artis-artis tu pun kalo tak make up gini jugaklah ghupenya...ekekeke....eyebag aku very the clear ok sebelum make up tu..almaklumlah eyebag ni memang sentiasa jadi BFF aku..tak kan hilang di dunialah..sbb dah keturunan aku mata panda!! hehe...very the jeless ngan Datin Azie yang tak nampak eyebag pun.. ;( sesi make up ni mmg kitorang kene guna make up kit yang die provide tu jek..( adoiii awat bagi lipstik merahnya mak ngah!!! tak gemor mak nyahh...) boleh tak aku pakai lipstic MAC aku dlm hanbeg ni ek? oppsss!!! sorry...tokleh main tipu ok..jgn ngegada nak sambor make up sendiri dlm handbeg tu.. sebab sesi ni adalah satu pertandingan rupanya...siapa make up tercantik akan dapat hadiah...so tenyeh jek lah apa yang ada....



Dan paling tidak disangka-sangka....akulah pemenangnya!!!! haha...lawak sungguh kan? very the tak percaya kau...ntah apa yg cantik sgt ntah..main tenyeh jek..aku rasa Datin Azie tu lagi lawo make upnya..hehe...maybe dah rezeki nak menang..siap menang cabutan bertuah lagi tu...very the happy!! thanks Mary Kay!!! (dah menang surelah thanks Mary Kay kan?? haha...) lepasni boleh arr amik saya jadi model Mary Kay.. ;)




Eh..gambo ni aku takde..tp my torch pulak nak enteprem.. hehe...ok bila semua dah cantik berseri...last sesi ialah career path..sapa nak jadi mcm Kak Has ni..masyuk kau...boleh arr balajo..(tgok pangkat kat baju Kak Has tu..penuhnya lah..) mintak satu bleh Kak Has? ekeke... aku blom berminat sgt nak sign up jadi BC ni buat masa sekarang. tunggulah nanti bila muka dah glowing mowing cam Kak Has tu..baru aku akan fikirkan..



And last..mestilah aktiviti posing sakan kan..so bergambolah kami berdua with Kak Has.. Thanks Kak Has for invite me.. pasni kalo ada lagi class ni ajaklah lagi..and kalo korang berminat nak join gak..silalah rojer2 k?

DONE!





April Fool Dan Sejarahnya


Pagi ni aku ada terbaca mengenai sejarah april fool ni di laman Gelakje.Com, so sukalah untuk aku berkongsi bersama. sebab sebelum ni aku cuma tahu yg april fool ni memang DILARANG dalam Islam, tp tak pernah pulak study detail sejarahnya, bila dah tahu sejarah btolnya..very the **** nyalah april fool ni!! tapi aku tengok orang-orang kita sekarang dah banyak sedar dan faham yang april fool itu DILARANG, bagus!! sbb dah jarang dah aku nampak orang buat april fool ni sekarang. kalu dolu-dolu tu yerlah..manjang nak kenekan orang jek..ntah pape ntah..

So..pada sesapa yang blom sedar atau ayat manisnya lagi..blom sampai kot cahaya kesedaran tu..SEDARLAH bahawasanya..perayaan April Fool ni start dari satu tragedi besar yang very the menyedihkan dan memilukan tau!! coz april fool ni sebenornya adalah satu perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam yang disembelih dan dibunuh di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. ha..amik kau..very the geram kan dengor?

Jadi..anggaplah sesapa yang masih degil dan tegar nak merayakan april fool ni..kita ibaratkan diorang ni sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam...setuju tak?? kalo sapa yang masih tak setuju tu, bolehlah baca sejarahnya dgn lebih detail lagi di laman Gelakje.Com. Thanks bro pada artikel yang sungguh memberi kesedaran ini!! DONE!