Isnin, April 4

Cuci Mata Tengok Wanita Cantik!!



Aku tertarik dengan seperenggan ayat di bawah ni :

" Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu."

Very the sweetkan ayat tu? memang ada btolnya apa yang diungkapkan. tapi aku rasa aku nak ungkapkan satu persatulah ayat kat atas tu mengikut pendapat aku sebagai wanita yang memang suka pada kecantikan :

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian.

Kalau bukan terletak pada pakaian, tapi kenapa aku rasa kalau kuar rumah je mesti nak pakai cantik-cantik baru rasa cantik. kalo tengok perempuan yang pandai dressing je mesti rasa die sangat cantik. ada tak perempuan nak kuar rumah rela dengan pakai baju klawo? kat dalam rumah sendiri pun aku tak rela nak pakai tshirt lusuh dan kain batik (masa dalam pantang je aku rasa aku pakai kain batik ni...) yerlah.. bukan main keluar rumah melaram habis, dalam rumah depan suami nak pakai tshirt ngan kain batik? atau baju kelawo? (sekali-sekali takpe kot, jangan hari-hari sudahlah..) very the lah kan. ingat ye puan-puan, dalam rumah pun kene pakai yang cantik jugak pada mata suami (rasa ni semua pun tahu cantik pada mata suami tu apa kan?)

Kecantikan wanita bukan pada bentuk tubuh.

Ni yang very the femeslah, bukan bentuk tubuh tu penting ke? tu pada akulah. so siapa kata tak penting tu jangan marah ye. semua  perempuan nak kurus kan? even laling aku pun kata "eh, ini perut ye? ingatkan peha.." adoii...nampak sangatlah ayat itu berbaur perli kan? haha... so sendiri kene fahamlah kalo suami dah cakap macamtu, walaupun die tak mention direct, tapi nampak sangat die lagi suka kaluauperut kita slim kan? so pada aku bentuk tubuh ni pentinglah!!

Kecantikan wanita terdapat pada mata.

Aa..ni aku setuju dan aku suka. sebab aku memang suka bab-bab mata ni. lagi-lagi mata Rani Mukherjee. very adore u!! aa mulalah nak merapu dah ni. memang btol, kalau mata kita sihat dan cantik even tak pakai make up atau lense pun dah berjaya menonjolkan kecantikan kita. so makanlah Inner Shine tu untuk cantikan mata (tapi aku pun tak makan lagi..huhu..) dan dari mata ni jugak boleh turun ke hati tau, so jaga-jaga ye puan-puan bila berpandangan dengan lelaki di luar sana, jangan tenung lama-lama.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah.

Yang ni pulak 50-50 lah aku setuju. sebabnya kadang-kadang nampak perempuan yang kulit halus giler, sangat cantiknya!! (ntah-ntah make up tebal die yang nampak kulit halus..) tak kisahlah kan. tapi ada jugak kulit yang tak brapa nak halus (macam akulah tu..) pun nampak cantik gak, dengan syarat kulit tu nampak bersih dan sihat. so sebagai perempuan, kita mesti rajin jaga muka ye? bukan sebelum kahwin je rajin, tp lepas kahwin mesti lagi rajin ok, even aku paham kerja kita ni 24 jam non stop kan? very the tired!! tapi cubalah luangkan sikit masa untuk manja-manjakan muka kita. hasilnya nanti pun, korang sendiri yang akan rasa kan?

Tapi, dalam banyak-banyak yang kat atas tu, memang tak dinafikan yang very the penting ialah ayat yang lastu

" kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu. "

So pada aku, sebagai seorang yang bergelar wanita, isteri dan ibu ni, (even kita sukakan kecantikan pun..) bila kita berikan cinta kita padaNYA, pada suami, pada anak-anak dan pada ibu bapa kita dengan ikhlas dan bukan terpaksa, insyaallah akan terkabulah macam dalam ayat tu. setuju ke??


DONE!



Tiada ulasan: